Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Khamis, Mei 24, 2007

Persoalan Jodoh (1)

Giliran Wanita Yang Buka Mulut, "Tidak Salah Perigi Mencari Timba" – Dato’ Dr. Fadzilah,
Ramai yang sudah berkeinginan untuk berkahwin tapi tidak juga kahwin-kahwin. Nampak seolah-olah susahnya menuju ke gerbang perkahwinan, seperti susahnya hendak mendapat rezeki walaupun rezeki kelihatan sudah ada di depan mata.
Begitulah halnya dengan seorang wanita dalam soal mendapatkan jodoh. Kadang-kadang calonnya sudah ada tapi belum juga dapat berkahwin disebabkan halangan tertentu. Berkahwin menjadi susah mungkin kerana calon yang difikirkan sesuai sudah ada tetapi si lelaki tidak memulakan inisiatif untuk menyatakan hasrat, apalagi untuk masuk meminang. Pinangan yang ditunggu tak sampai-sampai.
Perempuan juga mungkin susah mendapatkan jodoh kerana telah melewati usia tertentu. Misalnya, seorang kakak sulung mungkin menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana memberi perhatian lebih kepada persekolahan adik-adik hinggalah adik-adik dulu yang berkahwin. Si kakak bila sampai masa untuk berkahwin, gagal pula bertemu jodohnya kerana lelaki yang dikira agak sebaya telah pun berkahwin lebih awal.
Atau yang belum berkahwin akan mencari perempuan yang lebih muda. Ada juga yang melewatkan kahwin kerana menunggu habis belajar sampai ke peringkat yang dicita-cita. Tetapi bila sudah sampai ke tahap itu, timbul pula masalah mendapatkan jodoh yang setaraf. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, wanita berada di persimpangan.
Antara mencari jalan untuk dapat berkahwin atau terus hidup membujang. Jika mahu berkahwin juga, mereka tidak boleh lagi semata-mata menunggu, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, mungkin sudah sampai masanya wanita sendiri yang harus memulakan inisiatif mencari dan memilih jodoh.
Paling tidak, mereka sendiri yang mula membuka mulut sekiranya memang sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Di sini, perigilah yang berusaha mencari timba!Amalan ‘perigi mencari timba’ ini bukan amalan lumrah tapi tidak pula salah. Syariat Islam membenarkannya.
Di zaman Nabi s.a.w. sendiri ada berlaku. Seorang wanita pernah menemui seorang Sahabat menawarkan dirinya untuk dipinang sebagai isteri. Sahabat tadi menerimanya dengan senang hati kerana memang dia sendiri pun ada hati pada wanita tersebut, cuma malu untuk buka mulut.
Malah pernah seorang wanita menawarkan diri untuk diperisterikan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda tidak menerima tawaran itu tapi tidak pula mengatakan cara wanita itu salah. Rasulullah s.a.w. sendiri sebelum menjadi rasul telah berkahwin dengan Siti Khadijah r.ha ekoran lamaran yang dibuat oleh Siti Khadijah melalui seorang perantara. Ia disusuli oleh kunjungan adat wakil keluarga baginda yang menemui keluarga Siti Khadijah untuk merasmikan ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.
Paling utama dalam memilih jodoh adalah mendapatkan pasangan yang baik, sesuai dan serasi. Apabila calon telah ditemui dengan asas pemilihannya menekankan pada aspek agama dan akhlak, proses seterusnya sepatutnya menjadi lebih mudah.
Kerana Rasulullah s.a.w. berpesan: “Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Dalam konteks ini amalan ‘perigi mencari timba’ boleh dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memudahkan proses perkahwinan. Ia salah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan bertemu jodoh dan berkahwin, khususnya bagi wanita.
Tidak Salah Perigi Mencari Timba – Dato’ Dr. Fadzilah
“Memanglah lumrahnya orang lelaki meminang orang perempuan. Tetapi tidak bersalahan kalau orang perempuan yang mencari jalan melalui kaedah yang baik dan munasabah untuk memulakan inisiatif atau mengesyorkan,” ujar pakar motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
Jelasnya, “Sebenarnya jodoh kita datang dengan bermacam-macam cara. Ada orang, yang lelakinya mencari perempuan. Ada orang, yang perempuan mencari lelaki. Ada orang yang sama-sama mencari.”
Katanya, dalam konteks ini orang perempuan boleh menjadi ‘pemburu’ sebagaimana orang lelaki juga boleh menjadi ‘pemburu’.
Bercakap tentang persoalan mencari jodoh dalam satu majlis forum untuk warga IPT, beliau menjelaskan lebih lanjut:“Orang lelaki kena mencari, orang perempuan juga kena mencari. Orang lelaki banyak pilihan, orang perempuan juga banyak pilihan. Ini perlu diingat.
Jangan kata, kita ni orang perempuan, apa nak buat. “Sebenarnya orang perempuan banyak pilihan dan wajar memilih. Memilih dengan cara apa? Banyak caranya. Memilih dengan cara istikharah, dengan berbincang, dengan meminta nasihat, dengan melakukan solat taubat dan sebagainya.
Itu cara-cara memilih. “Dalam banyak kes di mana kedua-dua pihak malu hendak memulakan inisiatif atau menyatakan hasrat, ia berakhir dengan kedua-duanya kecewa.”
(Koleksi ANIS/ oleh zakaria sungib)

********************************

Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang. Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah. Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta. Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat. Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

*************************

..::~POHON SEMALU~::..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Sememangnya Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya. Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu. Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil namun penuh dengan keistimewaan...

Rabu, Mei 23, 2007

.::*~KECANTIKAN MUSLIMAH SEJATI~*::.

Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya dengan cahaya keimanan dan Islam. Zaman dahulu,orang tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen.Malah ada segelintirnya pula sanggup mati akibat penyakit aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,tahan lapar berhari-hari atau membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut. Dan tidak hairanlah,pertandingan ratu cantik yang diadakan mendapat perhatian daripada masyarakat umum khususnya golongan remaja.Masing-masing berlumba memperagakan maruah dan harga diri untuk dipertontonkan di khalayak ramai semata-mata mengejar glamour dan nama.Dan ada pula yang sanggup menggadaikan maruah keseluruhan negara,kononnya ingin menjadi ratu cantik seluruh negara. Semua permasalahan yang berlaku ini melibatkan maruah kaum wanita.Tidak cukup dengan eksploitasi wanita di media-media massa dan iklan-iklan tanahair,maruah wanita pula diperdagangkan untuk diimport eksportkan ke pelusuk dunia.Tubuh badan yang sewajarnya ditutup litup mengikut syariat Islam,kini bagi haiwan yang tidak terasa malu tanpa berpakaian.Dan tidak mustahil suatu hari nanti,ada pertandingan'Raja Kacak'.Kalau sekarang ada ratu cantik,mungkin menjelang tahun 2020,timbul pula pertandingan baru untuk kaum lelaki. Semua makhluk di muka bumi ini asal kejadiannya adalah dari setitis air mani yang hina,bentuknya adalah semata-mata berasal dari tanah dan kembali kepada tanah jua.Justeru itu,tiada perbezaan antara penilaian Islam dalam menilai kecantikan setiap individu.Dan janganlah kita menyalahkan takdir Ilahi seandainya rupa paras yang diciptakan oleh Allah Ta'ala mempunyai kecacatan dan kurang menarik.Bersyukurlah dengan apa yang Allah Ta'ala kurniakan.Islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan hubungan darah,keturunan dan suku bangsa.Namun Islam membezakannya berdasarkan taQwa kepada Allah Ta'ala.Itulah kemuliaan sebenar pada manusia. Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala. TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga diri,sombong,rakus dan sebagainya. Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemanyam megah jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur Ilahi.Sedangkan orang yang memiliki tubuh badan yang sempurna,cantik dipandang mata dunia,sebaliknya di dalam jiwa mereka bersarang istana-istana syaitan,mahligai iblis dan dipenuhi oleh kemusyrikan akidah yang terpesong dari landasan Islam.Perkara ini diistilahkan oleh al-Quran umpama mereka yang najis. Ingatlah,setiap individu tidak akan merasakan sebarang kerugian andaikan kecantikan hati menjadi buruan setiap wanita. Bukannya Allah Ta'ala yang akan mendapat keuntungan tersebut,tetapi manusia itu sendiri.Lihatlah,betapa banyak manfaatnya bila kecantikan hati menjadi buruan utama setiap wanita.Antaranya ialah; 1) Dihindari Dari Bahaya Setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupanya daripada dipertontonkan di khalayak umum,lebih terselamat dari bahaya fitnah dan gangguan.Umpama intan berlian,seandainya dipertunjuk- tunjukkan,akan menarik perhatian pencuri,dan begitulah sebaliknya. 2) Mengelakkan Pembaziran Memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat tinggi.Berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat kecantikan wajah,"make up",membesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk menutup keburukan yang dialaminya itu.Akan tetapi,memburu kecantikan hati tidak memerlukan belanja yang tinggi.Sewajarnya wang yang digunakan untuk membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih penting seperti mendapat pendidikan yang baik,menolong faQir miskin,kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama,masyarakat,bangsa dan negara. 3) Membina Kasih sayang Yang Hakiki Kecantikan yang dinilai pada hati,ia akan lebih berkekalan,berbanding dengan kecantikan yang dinilai pada paras rupa.Kecantikan hati tidak akan luput.Umpamanya,kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama.Kunci kasih sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang sentiasa berpaut antara satu sama lain. 4) Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni Hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah,sabar, pemaaf, bertolak ansur,lemah lembut,redha atas segala pemberian Allah Ta'ala,cintakan akhirat,cintakan Allah Ta'ala dan sebagainya.akan selesai dan hilanglah perasaan buruk sangka,umpat dan kata,menipu dan pecah belah dalam rumahtangga serta sebagainya. Begitulah besarnya hikmah mengapa Allah Ta'ala meletakkan kecantikan hati sebagai buruan utama setiap wanita.Tidak hairanlah,mengapa para hukama' yang mengatakan:"Bila baik wanita dalam sesebuah negara,baiklah negara tersebut".Oleh yang demikian.wanita yang benar-benar menginginkan lebih hak membangunkan negara,perlulah dia memperjuangkan diri dalam memburu kecantikan hati. Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai dari kaca mata Islam yang sebenar ialah; - Dengan imannya yang mendalam,yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya. - Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan yang luas. - Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh. - Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya, melaksanakan segala perintahnya danmeninggalkan segala larangannya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w - Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang cemerlang. - Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut,kasih sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya. Sifat-sifat inilah yang sepatutnya menjadi dasar pilihan muslimin dalam membina dan membentuk sebuah mahligai kebahagiaan untuk mendirikan rumahtangga kepada muslimat.Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan dalam hadisnya:"Apabila datang(meminang)kepada kamu seorang lelaki yang kamu sukai akan akhlaknya dan agamanya,maka kahwinilah dia.Kalau kamu tidak berbuat demikian,kelak akan berlaku fitnah di atas muka bumi,kerosakan yang merata" Maksud kerosakan yang merata itu ialah kalaulah lelaki yang baik agamanya tidak menjadi pilihan kepada seorang wanita itu dan tidak mengambil kesempatan untuk berkahwin dengannya,maka sudah tentu dia akan memilih lelaki yang sebaliknya.Pilihan ini akan membawa kepada fitnah dalam hidupnya lantaran agamalah yang menjaga kedamaian rumahtangga.

********************************

Dipetik daripada