Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Isnin, September 20, 2010

Al-Quran bukan hiasan

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih"
balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.
Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad




Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


-semoga kita dapat sama amalkannya--amin


sumber:http://www.iluvislam.com

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.



sumber: http://www.iluvislam.com

Khamis, Julai 01, 2010

Ahad, Ogos 12, 2007

~ PELAKU MAKSIAT TIDAK HIDUP TENANG~

Tajdid Iman:Bersama Dr Juanda Jaya

Manusia dicipta untuk bertarung lawan kejahatan, sabar lakukan kebaikan
MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.
Orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri melainkan Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur kejahatan.
Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat berhati-hati dengan gangguan kejahatan pada dirinya sendiri. Beliau bertanya kepada seorang sahabat:
“Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?” Sahabat menjawab: “Pernahkah kamu melewati satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”
Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata:
“Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.”
Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.
Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari.
Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi?
Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?
Kegelapan di dalam hati
Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:
”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)
Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.
Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.
Kegelapan di wajah
Pelaku maksiat sentiasa diikuti bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.
Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain
Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi:
“Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang yang memujinya berbalik akan mencelanya.”
Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau membencinya?
Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang Muslim yang melihat Muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalan raya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.
Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.
Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:
”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”
- Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak.

~HATI OH HATI~



Oleh Lokman Ismail
BERSYUKUR satu sifat terpuji yang sentiasa diamalkan insan yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah supaya mendapat keredaa-Nya. Orang yang bersyukur mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Sememangnya kehidupan kita tidak statik sepanjang masa. Setiap masa sentiasa ada perubahan sama ada menjadi lebih baik mahupun lebih buruk sebagai satu roda kehidupan yang mesti dihadapi.
Sudah menjadi lumrah ada yang dulunya miskin menjadi kaya, yang rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya. Sebelumnya tidak dikenali, sekarang amat terkenal, disanjung dan dihormati.
Kekayaan dan kedudukan baik yang diperoleh itu harus dikongsi dengan orang lain sebagai tanda bersyukur. Sesungguhnya, manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Satu sifat berbahaya yang selalu menjangkiti orang yang kedudukannya lebih baik berbanding orang lain ialah lupa diri. Sikap itu sering kali mendorong seseorang bertindak melakukan kejahatan kerana berasakan dirinya ‘berhak’ melakukan apa yang diingini.
Sikap lupa diri dan tidak bersyukur menjadi punca kedurhakaan iblis kepada Allah. Iblis berasakan dirinya lebih layak untuk dilantik menjadi khalifah berbanding Adam memandangkan dirinya dicipta daripada api dan sudah banyak melakukan kebaikan.
Iblis lupa hakikat dirinya yang sebenarnya hanyalah hamba. Dia tidak bersyukur dengan kedudukan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka jadilah iblis sebagai hamba yang ingkar dan tergolong sebagai dilaknati selama-lamanya.
Untuk mengelak diri menjadi kufur dan ingkar kepada Allah, berpeganglah kepada prinsip sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh dan dinikmati. Sikap itu akan memacu diri sentiasa tenang dan menerima segala ketentuan Allah tanpa sebarang perasaan syak wasangka kepada-Nya.
Namun, sikap bersyukur tidak pula bermakna kita berserah sepenuhnya kepada nasib tanpa melakukan apa-apa usaha. Hidup di dunia ini satu ladang untuk mencari bekal kehidupan di akhirat yang mana kita mesti melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa ditegah.
Sesungguhnya, setiap apa yang kita harapkan tidak semestinya tercapai. Banyak kegagalan dan keadaan buruk terpaksa pula dihadapi dengan sikap sabar dan tidak mudah berputus asa. Kita perlu bersyukur kerana masih ada peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang dihajati.
Setiap Muslim mesti berusaha mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Nasib buruk tidak akan bertukar menjadi baik jika tidak berusaha mengubahnya.
Allah mengangkat darjat orang yang berilmu, berharta dan berkuasa melebihi orang kebanyakan jika mereka sentiasa bersyukur. Namun, darjat itu kembali ke taraf paling rendah jika dirinya sombong tidak mahu menggunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Apa guna memiliki kekayaan jika tidak mahu digunakan. Sifat bakhil dan sombong menjadi penjara yang menghalangnya menikmati kekayaan dimiliki. Malah, hidupnya menjadi lebih tertekan kerana takut harta itu berkurangan atau digunakan oleh orang lain.
Begitu juga, orang yang berilmu, tetapi menyembunyikan ilmu itu daripada disebarkan kepada orang lain sebenarnya hidup dalam kegelapan. Sifat ilmu, semakin digunakan semakin bertambah keberkatannya. Orang berilmu mendapat kebaikan jika ia turut dikongsikan dengan orang lain.
Individu yang dikurniakan kelebihan sama ada kekayaan, jawatan, kuasa dan kecantikan mestilah menghindarkan diri daripada sifat sombong yang mendatangkan banyak keburukan. Perasaan sombong menjadi penyakit hati yang mematikan iman sehingga hidup menjadi sesat tanpa cahaya keimanan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Bagi memastikan kehidupan manusia sentiasa terhindar sifat sombong dan lupa diri, memerlukan satu kekuatan yang memacukan sifat bersyukur di dalam diri. Orang yang bersyukur merasakan setiap kelebihan dimiliki olehnya hanyalah satu ujian daripada Allah.
Allah memberi peringatan supaya manusia bersyukur kerana dengan itu Dia akan melipatgandakan lagi nikmat yang diberikan. Sebaliknya, jika kufur akan nikmat yang dianugerahkan, kerugian besarlah bakal menimpa.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?


Oleh: Dr. Fadzilah Kamsah

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

-Berdoa memohon keredhaan Allah
-Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
-Membersihkan hati dan pemikiran
-Membina kebahagiaan secara proaktif
-Mendidik diri sendiri
-Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
-Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
-Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
-Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
-Pembangunan fizikal dan kesihatan
-Muhasabah diri


Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

-Positif Terhadap Perubahan
-Positif Terhadap Diri Sendiri
-Positif Terhadap Kepimpinan
-Positif Terhadap Masalah
-Positif Terhadap Orang Lain
-Positif Terhadap Keadaan Emosi
-Positif Terhadap Idea Kreatif
-Positif Terhadap Membuat Keputusan
-Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :

-Analisis diri daripada pandangan anak
Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
-Bercakap benar
-Kotakan kata-kata
-Didik anak mengenai kemahiran sosial
-Gunakan masa jitu untuk mengajar
-Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
-Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
-Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
-Melatih anak berfikir
-Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
-Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
-Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
-Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
-Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
-Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
-Pendidik keluarga
-Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
-Penasihat
-Doktor dan jururawat
-Mendisiplinkan anak-anak
-Kawan atau sahabat
-Penyelesai masalah
-Merangsang perkembangan mental anak-anak
-Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
-Model pada anak-anak
-Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
-Mengawal ekonomi rumah tangga
-Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-

-Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
-Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
-Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
-Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
-Mendidik anak berdikari
-Mempunyai nilai diri tinggi
-Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
-Bertindak secara jamaah
-Mengorbankan kepentingan peribadi
-Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
-Meneroka dan merangsang potensi anak
-Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
-Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.

Rabu, Ogos 08, 2007

~ EnJoy WiTh LiFe ~


E V E RY B O D Y L I K E S to hear the words, “I like
you!” Most people, however, expect to hear these from
other people, not from themselves. But as Phyllis Diller
said: “If someone doesn’t like himself, it’s almost
impossible for others to like him.”
Here are seven proven ways to like yourself better.

1. Don’t compare yourself with other people!
You were designed to be yourself and nobody else. There
is no “normal.” There is no “average.” Rating yourself
by other people’s standards, opinions, and abilities will
always make you come up short.

2. Stay in line with your conscience and with your
own moral standards.
It is almost impossible to like yourself when you feel
guilty. Guilt comes from doing things you personally
believe to be wrong. So to like yourself more, get in
touch with your own values, and live by them. Refuse to
violate your conscience.

3. Forgive yourself.
When you have broken your own
principles, forgive yourself completely! You’re human.
You make mistakes. So acknowledge you were wrong.
Correct the wrong behavior. Learn from it. Then, once
and for all, put it out of your mind.

4. Separate personal worth from performance.
You are not your work! As Wayne Dyer said: “If you
are what you do, then when you don’t, you aren’t!” So
build your self-worth on your infinite value as a
magnificently designed, intricately crafted, human person.
Your ultimate value comes from being human.

5. Accept compliments from other people.
Don’t say:
“Well, it was really nothing.” Instead say: “Thank you
very much!” Receive compliments and allow them to
build you up. Savor them.

6. Give yourself compliments.
It is all right to appreciate
yourself. So compliment yourself often.

7. Use the affirmation “I like myself!”
Say it like you
mean it—with feeling. Say it in your mind, throughout
the day. Say it aloud, when you are alone! Say it 10,000
times, over the next year! Then one day, you will fully
believe it.


Be Positive
If someone offered you $10 million in cash if you would
consistently show a positive attitude for the next 30 days,
would you give it a try? If they defined such an attitude
as “acting positive, pleasant, friendly, enthusiastic, and
encouraging,” could you do that for 30 days? I think you
could. You would have a good attitude for a month,
because you would be highly motivated to win the prize
money.

Now, nobody is going to offer you such a cash prize for
a good attitude, but the real-life payoffs for a positive
attitude are outstanding!
They include:
• Happiness.
The better your attitude the happier you will be!
Happiness is not a commodity that is found by pursuit.
Instead, it is a state of mind produced by a positive
attitude.
• Health. A good attitude is a better pain reliever than
Anacin, Tylenol, Mediprin, and Bayer, all put together!
A positive mental attitude strengthens the body’s immune
system and releases a natural drug (more powerful than
morphine) into the mind.
• Self-confidence. A good attitude causes people to feel
good about themselves and project that feeling to others.
• Better relationships. People who feel good about
themselves are not on the defensive with other people.
They are open and honest and have rich, rewarding
relationships.
• Improved performance. Experts say that attitude

By steve simms

Selasa, Ogos 07, 2007

.:: Allah Sentiasa Bersama Kita::.

K etahuilah OlehMU
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

K etahuilah OlehMU
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

Isnin, Ogos 06, 2007

.:: Rahsia Bulan Kelahiran::.

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Khamis, Jun 21, 2007

.::Jiwa Resah Jika Tak Baca Al-Quran::.

'Jiwa resah jika tak baca al-Quran' - Juara Akademi Al QuranTarikh: Sunday, October 08 @ 12:23:53 MYTTajuk: Motivasi
AYAT suci al-Quran yang menjadi hiburan sejak kecil kini umpama santapan harian wajib bagi juara program realiti televisyen berunsur agama pertama di Malaysia terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ), Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri.

Mukjizat al-Quran yang sudah meresap dalam jiwa menyebabkan

anak muda itu berasa resah serta tidak tenteram jika sehari tidak mengalunkan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW itu.PROFILAbdullah Fahmi Che Nor @ ShukriTarikh lahir: 17 Mac 1984Tempat lahir: Kampung Cherang Hangus, Machang, KelantanPendidikan: Diploma Tahfiz al-Quran Walqiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia"Jika sehari tidak baca al-Quran, jiwa jadi gelisah dan rasa serba tidak kena. Apabila dapat baca al-Quran, baru rasa senang. Itulah keistimewaan serta kelebihan yang saya rasa berkat berdampingan dengan al-Quran," katanya.Mengimbau proses awal pembelajaran bacaan ayat al-Quran secara berlagu, ingatan anak ketiga daripada 10 adik beradik itu akan kembali kepada kenangan dilalui bersama arwah bapanya.Setiap kali menaiki van bapanya, beliau akan diperdengarkan kaset bacaan al-Quran dan di rumah pula, sering kali diajak bersama apabila rakan bapa datang untuk belajar taranum.Apabila malas belajar al-Quran, Abdullah Fahmi akan dipukul bapa yang bertugas sebagai imam Masjid Ibrahimi di bandar Pasir Puteh, Kelantan."Arwah ayah yang memperkenalkan bacaan al-Quran secara berlagu pada saya sejak umur lima tahun. Disebabkan hari-hari dengar, pada usia tujuh tahun saya sudah boleh membaca ayat al-Quran berlagu."Tetapi masa itu main ?redah? saja kerana kemampuan saya lebih kepada meniru bacaan yang didengar tiap-tiap hari. Jika tanya lagu apa, memang saya tidak tahu," katanya.Sesi latihan secara tidak formal mendalami ilmu bacaan al-Quran melalui kaset dan tunjuk ajar bapa berakhir apabila insan yang disayangi kembali ke Rahmatullah pada 1994.Disebabkan adik beradik yang ramai dan kesempitan hidup, Abdullah Fahmi yang berusia 10 tahun ketika itu kemudian dimasukkan ke rumah anak yatim Darul Aitam di Kota Bharu, Kelantan.Perasaan sedih berpisah dengan ibu serta adik beradik menyebabkan beliau sering melarikan diri dari asrama untuk pulang ke rumah, ponteng kelas, sembunyi belakang pokok sehingga kerap didenda oleh guru sekolah.Bagaimanapun, perasaan suka memberontak itu lama kelamaan hilang disebabkan minat serta kecenderungan beliau menyertai pertandingan al-Quran ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Lundang sehingga berjaya terpilih ke peringkat negeri Kelantan.Apabila menyambung pelajaran di Sekolah Agama Arab Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian di Kota Bharu, beliau diketengahkan dengan ilmu taranum dan mula faham jenis lagu walaupun tidak secara menyeluruh. Ketika itu juga beliau yang mewakili Kelantan dalam Pertandingan al-Quran Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Melaka, merasai pengalaman pertama kali bergelar juara."Memang saya banyak terbabit dalam pertandingan al-Quran tetapi tidak pernah menang hinggalah umur 15 tahun. Selepas itu, saya ada juga menyertai pertandingan peringkat sekolah tetapi tidak serius.'Saya benar-benar serius mendalami ilmu taranum apabila berjaya menyambung pengajian di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Itupun saya hampir lupa cita-cita asal untuk belajar di sana."Saya pergi temu duga di sekolah pondok moden di Kelantan dan apabila kawan beritahu berminat belajar di Darul Quran, terus saya teringat cita-cita asal saya. Memang Allah ingin saya ke sana, akhirnya permohonan saya berjaya," katanya.Abdullah Fahmi yang menerima diploma Tahfiz al-Quran Walqiraat pada majlis konvokesyen Darul Quran ke-15 akhir Julai lalu kini bersiap sedia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama di Universiti Al-Azhar cawangan Shuobra, Mesir.Mengenai pembabitan dalam program AQ, Abdullah Fahmi berkata, niatnya mengikuti sesi uji bakat yang diadakan di Darul Quran untuk belajar dan tidak pernah menyangka berjaya hingga ke peringkat akhir.Walaupun bergelar juara AQ, beliau tetap merasakan dirinya masih banyak kekurangan menyebabkan timbul rasa malu untuk membaca al-Quran di hadapan rakan yang sama menuntut di Darul Quran.Abdullah Fahmi bukan tidak yakin dengan keputusan juri yang memilihnya sebagai juara, malah sebagai pelajar yang baru mendalami ilmu pembacaan al-Quran berlagu, masih banyak perlu dipelajari.Bagaimanapun, beliau bersyukur rezeki dikurniakan Allah itu selain berharap akan terus mendapat sokongan keluarga serta rakan untuk menimba ilmu dalam bidang diminati itu."Masuk AQ, saya banyak belajar dan apabila terlalu sedikit ilmu yang saya ada, terasa banyak kekurangannya. Saya memang suka apabila juri tegur kerana dari situ saya boleh belajar lagi," katanya.Bercita-cita menjadi ulama suatu hari nanti, Abdullah Fahmi mengagumi tokoh Islam terkenal Yusof Qardawi dan mengikuti perjalanan hidup serta hasil tulisannya.Selain itu, beliau menghormati Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Peluang bertemu Tok Guru baru-baru ini digunakan sebaiknya untuk mendapatkan nasihat beliau.Katanya, Nik Aziz banyak memberi nasihat menggunakan perumpamaan dan di antara nasihat beliau ialah terus belajar hingga ke liang lahat, belajar dengan mata dan bercakap dengan tulisan.Sifat telus Abdullah Fahmi terserlah melalui karektor beliau yang ramah, mudah tersenyum dan agak kelakar apabila sekali sekala terdengar beliau membuat lawak jenaka spontan.Walaupun hidupnya banyak berjauhan dengan keluarga, beliau tetap manja dengan ibunya, Che Asma Othman, yang menjadi tulang belakang, teman setia tempat mencurah masalah dan berkongsi harapan."Hubungan saya dengan Umi (panggilan ibunya) memang rapat. Jika ada apa-apa, saya akan minta Umi cium dahi dan doakan untuk saya. Apabila Umi datang melawat saya, dia akan ceritakan apa doa dia untuk saya.'Masa peringkat akhir AQ, Umi berdoa andainya kemenangan itu elok untuk saya, berilah tetapi jika sebaliknya, tidak menang pun tidak mengapa. Syukur, memang Allah nak beri rezeki itu kepada saya," katanya.Berdasarkan pengalaman dilalui, beliau berpendapat ibu bapa perlu memberi perhatian serta penekanan pendidikan ilmu al-Quran kepada anak mereka dari kecil lagi.Malah, jika perlu ibu bapa hendaklah merotan anak yang enggan belajar al-Quran tetapi tidak sampai mencederakan kerana memang sifat kanak-kanak akan jadi malas jika tidak dipaksa.Kepada anak pula, katanya, hendaklah menghormati ibu bapa, mendoakan kesejahteraan keduanya, sentiasa menjaga solat dan tidak lupa belajar membaca al-Quran.

Rabu, Jun 20, 2007

Khamis, Mei 24, 2007

Persoalan Jodoh (1)

Giliran Wanita Yang Buka Mulut, "Tidak Salah Perigi Mencari Timba" – Dato’ Dr. Fadzilah,
Ramai yang sudah berkeinginan untuk berkahwin tapi tidak juga kahwin-kahwin. Nampak seolah-olah susahnya menuju ke gerbang perkahwinan, seperti susahnya hendak mendapat rezeki walaupun rezeki kelihatan sudah ada di depan mata.
Begitulah halnya dengan seorang wanita dalam soal mendapatkan jodoh. Kadang-kadang calonnya sudah ada tapi belum juga dapat berkahwin disebabkan halangan tertentu. Berkahwin menjadi susah mungkin kerana calon yang difikirkan sesuai sudah ada tetapi si lelaki tidak memulakan inisiatif untuk menyatakan hasrat, apalagi untuk masuk meminang. Pinangan yang ditunggu tak sampai-sampai.
Perempuan juga mungkin susah mendapatkan jodoh kerana telah melewati usia tertentu. Misalnya, seorang kakak sulung mungkin menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana memberi perhatian lebih kepada persekolahan adik-adik hinggalah adik-adik dulu yang berkahwin. Si kakak bila sampai masa untuk berkahwin, gagal pula bertemu jodohnya kerana lelaki yang dikira agak sebaya telah pun berkahwin lebih awal.
Atau yang belum berkahwin akan mencari perempuan yang lebih muda. Ada juga yang melewatkan kahwin kerana menunggu habis belajar sampai ke peringkat yang dicita-cita. Tetapi bila sudah sampai ke tahap itu, timbul pula masalah mendapatkan jodoh yang setaraf. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, wanita berada di persimpangan.
Antara mencari jalan untuk dapat berkahwin atau terus hidup membujang. Jika mahu berkahwin juga, mereka tidak boleh lagi semata-mata menunggu, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, mungkin sudah sampai masanya wanita sendiri yang harus memulakan inisiatif mencari dan memilih jodoh.
Paling tidak, mereka sendiri yang mula membuka mulut sekiranya memang sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Di sini, perigilah yang berusaha mencari timba!Amalan ‘perigi mencari timba’ ini bukan amalan lumrah tapi tidak pula salah. Syariat Islam membenarkannya.
Di zaman Nabi s.a.w. sendiri ada berlaku. Seorang wanita pernah menemui seorang Sahabat menawarkan dirinya untuk dipinang sebagai isteri. Sahabat tadi menerimanya dengan senang hati kerana memang dia sendiri pun ada hati pada wanita tersebut, cuma malu untuk buka mulut.
Malah pernah seorang wanita menawarkan diri untuk diperisterikan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda tidak menerima tawaran itu tapi tidak pula mengatakan cara wanita itu salah. Rasulullah s.a.w. sendiri sebelum menjadi rasul telah berkahwin dengan Siti Khadijah r.ha ekoran lamaran yang dibuat oleh Siti Khadijah melalui seorang perantara. Ia disusuli oleh kunjungan adat wakil keluarga baginda yang menemui keluarga Siti Khadijah untuk merasmikan ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.
Paling utama dalam memilih jodoh adalah mendapatkan pasangan yang baik, sesuai dan serasi. Apabila calon telah ditemui dengan asas pemilihannya menekankan pada aspek agama dan akhlak, proses seterusnya sepatutnya menjadi lebih mudah.
Kerana Rasulullah s.a.w. berpesan: “Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Dalam konteks ini amalan ‘perigi mencari timba’ boleh dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memudahkan proses perkahwinan. Ia salah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan bertemu jodoh dan berkahwin, khususnya bagi wanita.
Tidak Salah Perigi Mencari Timba – Dato’ Dr. Fadzilah
“Memanglah lumrahnya orang lelaki meminang orang perempuan. Tetapi tidak bersalahan kalau orang perempuan yang mencari jalan melalui kaedah yang baik dan munasabah untuk memulakan inisiatif atau mengesyorkan,” ujar pakar motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
Jelasnya, “Sebenarnya jodoh kita datang dengan bermacam-macam cara. Ada orang, yang lelakinya mencari perempuan. Ada orang, yang perempuan mencari lelaki. Ada orang yang sama-sama mencari.”
Katanya, dalam konteks ini orang perempuan boleh menjadi ‘pemburu’ sebagaimana orang lelaki juga boleh menjadi ‘pemburu’.
Bercakap tentang persoalan mencari jodoh dalam satu majlis forum untuk warga IPT, beliau menjelaskan lebih lanjut:“Orang lelaki kena mencari, orang perempuan juga kena mencari. Orang lelaki banyak pilihan, orang perempuan juga banyak pilihan. Ini perlu diingat.
Jangan kata, kita ni orang perempuan, apa nak buat. “Sebenarnya orang perempuan banyak pilihan dan wajar memilih. Memilih dengan cara apa? Banyak caranya. Memilih dengan cara istikharah, dengan berbincang, dengan meminta nasihat, dengan melakukan solat taubat dan sebagainya.
Itu cara-cara memilih. “Dalam banyak kes di mana kedua-dua pihak malu hendak memulakan inisiatif atau menyatakan hasrat, ia berakhir dengan kedua-duanya kecewa.”
(Koleksi ANIS/ oleh zakaria sungib)

Persoalan Jodoh (1)


Giliran Wanita Yang Buka Mulut, "Tidak Salah Perigi Mencari Timba" – Dato’ Dr. Fadzilah,
Ramai yang sudah berkeinginan untuk berkahwin tapi tidak juga kahwin-kahwin. Nampak seolah-olah susahnya menuju ke gerbang perkahwinan, seperti susahnya hendak mendapat rezeki walaupun rezeki kelihatan sudah ada di depan mata.
Begitulah halnya dengan seorang wanita dalam soal mendapatkan jodoh. Kadang-kadang calonnya sudah ada tapi belum juga dapat berkahwin disebabkan halangan tertentu. Berkahwin menjadi susah mungkin kerana calon yang difikirkan sesuai sudah ada tetapi si lelaki tidak memulakan inisiatif untuk menyatakan hasrat, apalagi untuk masuk meminang. Pinangan yang ditunggu tak sampai-sampai.
Perempuan juga mungkin susah mendapatkan jodoh kerana telah melewati usia tertentu. Misalnya, seorang kakak sulung mungkin menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana memberi perhatian lebih kepada persekolahan adik-adik hinggalah adik-adik dulu yang berkahwin. Si kakak bila sampai masa untuk berkahwin, gagal pula bertemu jodohnya kerana lelaki yang dikira agak sebaya telah pun berkahwin lebih awal.
Atau yang belum berkahwin akan mencari perempuan yang lebih muda. Ada juga yang melewatkan kahwin kerana menunggu habis belajar sampai ke peringkat yang dicita-cita. Tetapi bila sudah sampai ke tahap itu, timbul pula masalah mendapatkan jodoh yang setaraf. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, wanita berada di persimpangan.
Antara mencari jalan untuk dapat berkahwin atau terus hidup membujang. Jika mahu berkahwin juga, mereka tidak boleh lagi semata-mata menunggu, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, mungkin sudah sampai masanya wanita sendiri yang harus memulakan inisiatif mencari dan memilih jodoh.
Paling tidak, mereka sendiri yang mula membuka mulut sekiranya memang sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Di sini, perigilah yang berusaha mencari timba!Amalan ‘perigi mencari timba’ ini bukan amalan lumrah tapi tidak pula salah. Syariat Islam membenarkannya.
Di zaman Nabi s.a.w. sendiri ada berlaku. Seorang wanita pernah menemui seorang Sahabat menawarkan dirinya untuk dipinang sebagai isteri. Sahabat tadi menerimanya dengan senang hati kerana memang dia sendiri pun ada hati pada wanita tersebut, cuma malu untuk buka mulut.
Malah pernah seorang wanita menawarkan diri untuk diperisterikan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda tidak menerima tawaran itu tapi tidak pula mengatakan cara wanita itu salah. Rasulullah s.a.w. sendiri sebelum menjadi rasul telah berkahwin dengan Siti Khadijah r.ha ekoran lamaran yang dibuat oleh Siti Khadijah melalui seorang perantara. Ia disusuli oleh kunjungan adat wakil keluarga baginda yang menemui keluarga Siti Khadijah untuk merasmikan ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.
Paling utama dalam memilih jodoh adalah mendapatkan pasangan yang baik, sesuai dan serasi. Apabila calon telah ditemui dengan asas pemilihannya menekankan pada aspek agama dan akhlak, proses seterusnya sepatutnya menjadi lebih mudah.
Kerana Rasulullah s.a.w. berpesan: “Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Dalam konteks ini amalan ‘perigi mencari timba’ boleh dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memudahkan proses perkahwinan. Ia salah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan bertemu jodoh dan berkahwin, khususnya bagi wanita.
Tidak Salah Perigi Mencari Timba – Dato’ Dr. Fadzilah
“Memanglah lumrahnya orang lelaki meminang orang perempuan. Tetapi tidak bersalahan kalau orang perempuan yang mencari jalan melalui kaedah yang baik dan munasabah untuk memulakan inisiatif atau mengesyorkan,” ujar pakar motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.
Jelasnya, “Sebenarnya jodoh kita datang dengan bermacam-macam cara. Ada orang, yang lelakinya mencari perempuan. Ada orang, yang perempuan mencari lelaki. Ada orang yang sama-sama mencari.”
Katanya, dalam konteks ini orang perempuan boleh menjadi ‘pemburu’ sebagaimana orang lelaki juga boleh menjadi ‘pemburu’.
Bercakap tentang persoalan mencari jodoh dalam satu majlis forum untuk warga IPT, beliau menjelaskan lebih lanjut:“Orang lelaki kena mencari, orang perempuan juga kena mencari. Orang lelaki banyak pilihan, orang perempuan juga banyak pilihan. Ini perlu diingat.
Jangan kata, kita ni orang perempuan, apa nak buat. “Sebenarnya orang perempuan banyak pilihan dan wajar memilih. Memilih dengan cara apa? Banyak caranya. Memilih dengan cara istikharah, dengan berbincang, dengan meminta nasihat, dengan melakukan solat taubat dan sebagainya.
Itu cara-cara memilih. “Dalam banyak kes di mana kedua-dua pihak malu hendak memulakan inisiatif atau menyatakan hasrat, ia berakhir dengan kedua-duanya kecewa.”
(Koleksi ANIS/ oleh zakaria sungib)


********************************

Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam


Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang. Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah. Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta. Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat. Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.


*************************

..::~POHON SEMALU~::..


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Sememangnya Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya. Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu. Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil namun penuh dengan keistimewaan...

Rabu, Mei 23, 2007

.::*~KECANTIKAN MUSLIMAH SEJATI~*::.


Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya dengan cahaya keimanan dan Islam. Zaman dahulu,orang tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen.Malah ada segelintirnya pula sanggup mati akibat penyakit aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,tahan lapar berhari-hari atau membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut. Dan tidak hairanlah,pertandingan ratu cantik yang diadakan mendapat perhatian daripada masyarakat umum khususnya golongan remaja.Masing-masing berlumba memperagakan maruah dan harga diri untuk dipertontonkan di khalayak ramai semata-mata mengejar glamour dan nama.Dan ada pula yang sanggup menggadaikan maruah keseluruhan negara,kononnya ingin menjadi ratu cantik seluruh negara. Semua permasalahan yang berlaku ini melibatkan maruah kaum wanita.Tidak cukup dengan eksploitasi wanita di media-media massa dan iklan-iklan tanahair,maruah wanita pula diperdagangkan untuk diimport eksportkan ke pelusuk dunia.Tubuh badan yang sewajarnya ditutup litup mengikut syariat Islam,kini bagi haiwan yang tidak terasa malu tanpa berpakaian.Dan tidak mustahil suatu hari nanti,ada pertandingan'Raja Kacak'.Kalau sekarang ada ratu cantik,mungkin menjelang tahun 2020,timbul pula pertandingan baru untuk kaum lelaki. Semua makhluk di muka bumi ini asal kejadiannya adalah dari setitis air mani yang hina,bentuknya adalah semata-mata berasal dari tanah dan kembali kepada tanah jua.Justeru itu,tiada perbezaan antara penilaian Islam dalam menilai kecantikan setiap individu.Dan janganlah kita menyalahkan takdir Ilahi seandainya rupa paras yang diciptakan oleh Allah Ta'ala mempunyai kecacatan dan kurang menarik.Bersyukurlah dengan apa yang Allah Ta'ala kurniakan.Islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan hubungan darah,keturunan dan suku bangsa.Namun Islam membezakannya berdasarkan taQwa kepada Allah Ta'ala.Itulah kemuliaan sebenar pada manusia. Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala. TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga diri,sombong,rakus dan sebagainya. Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemanyam megah jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur Ilahi.Sedangkan orang yang memiliki tubuh badan yang sempurna,cantik dipandang mata dunia,sebaliknya di dalam jiwa mereka bersarang istana-istana syaitan,mahligai iblis dan dipenuhi oleh kemusyrikan akidah yang terpesong dari landasan Islam.Perkara ini diistilahkan oleh al-Quran umpama mereka yang najis. Ingatlah,setiap individu tidak akan merasakan sebarang kerugian andaikan kecantikan hati menjadi buruan setiap wanita. Bukannya Allah Ta'ala yang akan mendapat keuntungan tersebut,tetapi manusia itu sendiri.Lihatlah,betapa banyak manfaatnya bila kecantikan hati menjadi buruan utama setiap wanita.Antaranya ialah; 1) Dihindari Dari Bahaya Setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupanya daripada dipertontonkan di khalayak umum,lebih terselamat dari bahaya fitnah dan gangguan.Umpama intan berlian,seandainya dipertunjuk- tunjukkan,akan menarik perhatian pencuri,dan begitulah sebaliknya. 2) Mengelakkan Pembaziran Memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat tinggi.Berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat kecantikan wajah,"make up",membesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk menutup keburukan yang dialaminya itu.Akan tetapi,memburu kecantikan hati tidak memerlukan belanja yang tinggi.Sewajarnya wang yang digunakan untuk membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih penting seperti mendapat pendidikan yang baik,menolong faQir miskin,kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama,masyarakat,bangsa dan negara. 3) Membina Kasih sayang Yang Hakiki Kecantikan yang dinilai pada hati,ia akan lebih berkekalan,berbanding dengan kecantikan yang dinilai pada paras rupa.Kecantikan hati tidak akan luput.Umpamanya,kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama.Kunci kasih sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang sentiasa berpaut antara satu sama lain. 4) Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni Hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah,sabar, pemaaf, bertolak ansur,lemah lembut,redha atas segala pemberian Allah Ta'ala,cintakan akhirat,cintakan Allah Ta'ala dan sebagainya.akan selesai dan hilanglah perasaan buruk sangka,umpat dan kata,menipu dan pecah belah dalam rumahtangga serta sebagainya. Begitulah besarnya hikmah mengapa Allah Ta'ala meletakkan kecantikan hati sebagai buruan utama setiap wanita.Tidak hairanlah,mengapa para hukama' yang mengatakan:"Bila baik wanita dalam sesebuah negara,baiklah negara tersebut".Oleh yang demikian.wanita yang benar-benar menginginkan lebih hak membangunkan negara,perlulah dia memperjuangkan diri dalam memburu kecantikan hati. Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai dari kaca mata Islam yang sebenar ialah; - Dengan imannya yang mendalam,yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya. - Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan yang luas. - Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh. - Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya, melaksanakan segala perintahnya danmeninggalkan segala larangannya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w - Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang cemerlang. - Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut,kasih sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya. Sifat-sifat inilah yang sepatutnya menjadi dasar pilihan muslimin dalam membina dan membentuk sebuah mahligai kebahagiaan untuk mendirikan rumahtangga kepada muslimat.Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan dalam hadisnya:"Apabila datang(meminang)kepada kamu seorang lelaki yang kamu sukai akan akhlaknya dan agamanya,maka kahwinilah dia.Kalau kamu tidak berbuat demikian,kelak akan berlaku fitnah di atas muka bumi,kerosakan yang merata" Maksud kerosakan yang merata itu ialah kalaulah lelaki yang baik agamanya tidak menjadi pilihan kepada seorang wanita itu dan tidak mengambil kesempatan untuk berkahwin dengannya,maka sudah tentu dia akan memilih lelaki yang sebaliknya.Pilihan ini akan membawa kepada fitnah dalam hidupnya lantaran agamalah yang menjaga kedamaian rumahtangga.


********************************

Dipetik daripada